Lagu hiburan




Rabu, 17 Juli 2013

Psikologi dalam pandangan islam

  PSIKOLOGI DALAM PERSPEKTIF ISLAM

In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)

اسلام عليـكم ورحمت الله وبر كا ته

kef halukum jami'a??

Ana doakan saudara-saudara seakidah sentiasa dalam rahmat dan Kasih-sayang-NYA selalu..Sebelum menulis dengan lebih lanjut, izinkan ana untuk memohon kemaafan kerana sudah agak lama blog ini tidak di”update”.. Ana cuba juga mencari sela masa di antara waktu-waktu sibuk ana namun tidak berjaya. Biasanya, sela-sela masa tu diisi pula dengan perkara lain yang ana rasakan susah untuk dikorbankan..Apapun, InsyaALLAH, ana cuba curi masa ana untuk mengemaskinikan blog ana dengan lebih kerap. Mungkin ana boleh praktikkan jadual tetap untuk menulis di sini. Mudah-mudahan Allah swt beri kelapangan masa dan fikiran untuk berbuat demikian..=D

Setelah sekian lama tidak meng"update" blog berbanding dulu..akhirnya ana kembali semula di lapangan ilmu yang semakin hari semakin ana rindu terutamanya sadiqati2 yang tidak jemu2 menunggu kemunculan perkongsian ana..(ade ker..??hee..) Sebetulnya, ana agak sibuk sikit dengan urusan dunia + jihad ilmu (subjek yang memerlukan ana banyak bermain dengan perasaan..hehe). Di saat ini ada beberapa assignment ana yang masih tak gerak2 lagi..=) bukan bertangguh, cuma hampir setiap minggu dipenuhi dengan presentation, group discussion n so on..Walaubagaimanapun,memetik kata murabbi ana, Ustaz al-Kassim.."Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita".. Ana akui kebenaran kata2 ini, sememangnya pengurusan masa sangat9 penting khususnya bagi pelajar kerana pengurusan masa yang baik dapat mendisiplinkan kita dalam melaksanakan aktiviti seperti pembelajaran.. Bayangkan betapa pentingnya masa yang diberi dalam sehari iaitu 24 jam.Tidak lebih dan tidak kurang. Semua tu terpulang pada kita untuk menggunakan sebaik-baiknya..Sedari awal, matlamat ana dalam berblogging cuma satu iaitu "ingin memaksimakan teknologi untuk da'wah dan jihad"...insyaALLAH..Doakan ana terus thabat dalam perjalanan ini..Semoga dengan cara ini, kita sama2 dapat bekongsi ilmu dan mudah-mudahan ilmu itu dapat mendekatkan diri kita kepada-NYA..Jangan lupa, tegur la andai ada kesilapan di sebalik tinta pena ana di sini..


Untuk entri kali ana nak berkongsi apa yang ana sedang belajar iaitu tentang psikologi.. Ana sebenarnya lebih berminat mengkaji sesuatu yang berkaitan dengan Islam walaupun seperti yang telah diketahui, psikologi ini banyak menggunakan teori2 dari psikologist Barat dan diterima pakai serta menjadi bahan rujukan di Malaysia..tetapi kadang-kadang terdapat juga teori2 yang bertentangan dengan Islam..Tanpa kita sedari, Islam juga telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan ilmu jiwa @ psikologi.

Sumbangan tersebut boleh dilihat dari aspek-aspek berikut:

i- Imam Abu Mansur Al-Talabi
= Beliau telah memperkenalkan 50 istilah psikologi.
contohnya: "janin", "walid", "rada'I", "baligh", dan sebagainya.

ii- Al-Quran
= Dalam al-Quran ada menyatakan beberapa istilah yang berkaitan dengan psikologi seperti berikut:

a) "al-nafs" disebut sebanyak 367 kali dalam al-Quran. Yang membawa maksud kemanusiaan dan keseluruhannya.

b) "al-Qalb" diulang sebanyak 144 kali didalam al-Quran. Yang dikhususkan dengan hal emosi.

c) "al-aql" disebut sebanyak 49 kali di dalam al-Quran. Yang merupakan cara manusia berfikir.

d) "al-Roh" diulang sebanyak 25 kali di dalam al-Quran. Yang membawa maksud iaitu sebagai pemberian hidup adalah berkaitan, dimana roh merupakan bahagian utama diri manusia yang menjadi punca kehidupan yang mengandungi "al-Nafs" (jiwa), "al-Qalb"(hati) dan "al-Aql"(akal).

Sumbangan Tokoh-tokoh Islam dalam bidang Psikologi:

a) Al-Farabi

-Bermula dengan penggunaan akal. Akal dikaitkan oleh beliau sebagai satu gejala yang mempunyai daya kekuatan yang dapat memancarkan roh. Daya kekuatan yang dimaksudkan adalah merangkumi beberapa daya yang lain seperti:
# Daya kepimpinan untuk hidup (survival instinct)
# Daya pemeliharaan diri (self defence mechanism)
# Daya pengembangan zuriat (breeding mechanism)
# Daya perasaan dan imaginasi
# Daya intelek yang praktis

-Akal juga mempunyai 2 bahagian kekuatan:
# Boleh berfikir sesuatu yang berbentuk abstrak iaitu terpisah daripada kebendaan yang dapat dirasai.
# Daya kekuatan untuk mencari sesuatu yang dapat memberi faedah, kebaikan dan kesempurnaan jasmani.(**daya kekuatan yang kedua ini akan hancur jasad ditelan bumi sedangkan daya kekuatan yang pertama akan dibangkitkan bersama roh pada hari kiamat).

b)Ibnu Sina
Teori al-Farabi, telah diperkembangkan lagi oleh Ibnu Sina.
-mengikut tokoh psikologi Islam iaitu Ibnu Sina, Roh boleh disenaraikan kepada 3 bahagian:
# Roh manusia
# Roh tumbuhan
# Roh haiwan

- Kejadian roh manusia menurutnya adalah unik kerana keupayaan roh untuk hidup tanpa jasad. Tetapi mustahil jasad hidup tanpa roh kerana sekiranya roh memisahkan dirinya dari jasad, jasad akan menjadi mayat. Menurutnya lagi roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan penting untuk kehidupan jasad manusia kerana dengan adanya kedua-dua unsur ini telah membolehkan manusia untuk terus hidup.


c) Ibnu Rusyd

- Karya agung Ibnu Rusyd yang menyumbang kepada perkembangan ilmu psikologi ialah karya yang berjudul "Al-Tuhafut".

- Karya ini menyatakan bahawa roh membolehkan jasad seseorang itu hidup. Menurut beliau, apabila mati, roh itu akan terus hidup dalam alam kerohanian yang tidak berbentuk kebendaan. Pada hari kiamat kelak, hanya roh sahaja yang akan dibangkitkan kembali, sedangkan jasad telah menjadi tanah tetap musnah.



d) Ulama Al-Kalam

-Ulama Al-Kalam tidak banyak membincangkan mengenai roh yang dikatakan berkait rapat dengan bidang psikologi. Meraka banyak membincangkan bahawa pada hari kiamat manusia dibangkitkan dalam bentuk roh dan jasad.Mereka menolak pendapat Al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd.

e) Imam al-Ghazali

Imam Ghazali dalam karyanya Ihya’ Ulumuddin telah membezakan roh dan jasad manusia. Menurut Ghazali, terdapat tiga unsur di dalam roh manusia iaitu al-qalb(hati), al-nafs (nafsu) dan al-‘aql (akal). Roh adalah nyawa yang menghidupkan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Roh yang ada pada manusia kekal dan abadi, manakala roh haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan musnah.

Di dalam hati menurutnya, sifat semula jadinya cintakan kebaikan. Nafsu pula mempunyai dua unsur kekuatan iaitu kebaikan dan kejahatan yang mempengaruhi hati. Jika nafsu baik lebih banyak, maka hati akan bertambah baik, tetapi jika nafsu jahat lebih banyak maka hati akan dikuasai oleh nafsu jahat. Akal pula berfungsi untuk mencari ilmu bagi membersihkan hati ke arah kebaikan dan kebenaran. Ia juga berfungsi untuk mencari jalan yang paling berkesan untuk melaksanakan kehendak hati ke arah kebaikan Malah akal juga berfungsi untuk melaksanakan kehendak hati bagi tujuan kebaikan atau kejahatan.

Al-Ghazali juga menjelaskan bahawa rohanilah yang menguasai jasad manusia. Segala pancaindera rasa seperti mata, telinga, mulut, lidah, akalnya dan anggota badannya serta segala organ yang ada dalam diri manusia semuanya tunduk kepada titah perintah rohani manusia. Al-Ghazali menganggap bahawa jasad manusia dengan segala anggotanya merupakan tentera kepada hati dan rohani manusia.
******************************

Mulai minggu depan, bermula la quiz dan test,mohon doa para sahabat semua agar ana najah dalam menghadapi imtihan ye..^_^

Akhirul kalam, sama-sama la kita renungkan kata-kata Ibnu Qayyim al-Jauziyah,
1. Ilmu pengetahuan - membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan. 2. Amalan - membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas. 3. Kekayaan - membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanafaat dan tidak diredhai Allah. 4. Hati - membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah. 5. Tubuh badan - membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah. 6. Cinta - membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya. 7. Masa - membazir jka tidak diurus dengan sebaiknya. 8. Akal - membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama. 9. Zikir - membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

wassalam...


Tidak ada komentar:

Posting Komentar